بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
The entry kali nie tutorial penggunaan virgin coconut oil dalam bentuk cecair..
Sebelum tue.. pernah kah anda menggunakan produk penjagaan muka seperti krim kecantikan atau krim pelembap.. Tak kisah lah krim tu jenama apa sekali pun
Kali ini fafa nak share kat kawan-kawan.. Bahawa Virgin coconut oil ini boleh berkongsi dengan krim ini.

Ini lah krim yang digunakan oleh diri fafa sendiri..
Fafa telah pun menggunakan krim pelembap ini lebih kurang dalam 5 tahun.
Fafa pun dah serasi dengan krim ini walaupun dia tidak lah membawa efek yang ketara. Cuma selagi dia tidak merimaskan so fafa masih guna lagi.
Dengan adanya Virgin coconut oil. fafa telah pun mengubah sedikit caranya.

fafa masukkan beberapa titisan virgin coconut oil kedalam krim pelembap ini. dan biarkan ia meresap sendiri kedalam krim tersebut.. Atau anda sendiri boleh mengadunkan Virgin coconut oil dengan krim pelembap tersebut. Tutup krim tersebut dan biarkan..
Jika anda ingin keluar rumah dengan menggunakan solekan seperti bedak kompaq. mulakan dengan alaskan muka anda dengan krim pelembap yang telah dicampurkan dengan virgin coconut oil. Biarkan dia separuh kering.. dan sapukan bedak kompaq anda pada muka anda. Anda boleh la ber make up dengan cara sihat.. kerana virgin coconut oil akan menapis kimia yang ada pada make up anda.
Telah sebulan saya menggunakan cara ini. Jerawat muka saya tidak lagi tumbuh setelah saya pulang ke rumah..
Minyak muka anda akan berkurangan kerana virgin coconut oil itu telah menyerap masuk dalam liang roma anda.
Anda tidak perlu risau akan efek sampingan yang akan memudaratkan diri anda.. Kerana Virgin coconut oil sangat elok. dan ia 100% natural ingredients
Ok sampai disini sahaja tutorial virgin coconut oil pada krim muka anda :)

Di taja oleh :

No comments:
Post a Comment